Filed under: betmen n kisah2 penghilang stress
TAIPING-Pengacara Roda Astana yang ditayangkan di TV13 hari ini membuat kejutan apabila membuka soalan kuiz penonton yang penuh kontroversi. Beliau mewar2kan perkara tersebut kepada media dalam sebuah temuramah eksklusif di Hotel Palace of Silver Surfer berhampiran Taman Tasik Taiping. Beliau mengharapkan ada individu yang berjaya menjawab soalan tersebut sekaligus membawa pulang hadiah lumayan yang ditawarkan.
Soalan kuiz penonton di rumah Roda Astana minggu ni berbunyi seperti berikut.. Seorang lelaki kerabat diraja menaiki sebuah LRT, sebuah pesawat penumpang Malaysia Airlines dan sebuah kapal laut kontena untuk ke “Tanah Merah”. seorang wanita turut sama menaiki ketiga-tiga kenderaan tersebut.
Klue 1: wanita tersebut sama sekali tidak mempunyai bau2 bacang dengan owner blog ini
Klue 2 : ketiga-tiga kenderaan dikatakan bergerak ke kiri sepanjang masa.. jangan sebarangan menggunakan teori pita detik dan troli fizik form 4 untuk menyelesaikan soalan ini.
Klue 3 : sila jangan tnya org yg pernah jawab. kejujuran itu tanda kemachoan.
Soalannya… Berapakah harga yang perlu dibayar oleh lelaki dan perempuan tersebut untuk tiba ke destinasi ?
Sila tinggalkan jawapan dibahagian komen. Penyertaan anda di kira batal sekiranya tidak menyertakan tagline ” Saya selesaikan Betmen.. ” sebelum jawapan anda. Ingat ! Markah gaya ketika menyebut tagline turut mempengaruhi pemarkahan juri.
Pemenang bakal membawa pulang sebuah CD game online. btol x tipu.. hadiah amik sdri ye.. xde delivery.. time kasih..
No Comments Yet so far
Leave a comment
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
