tHat tHiNg i d0


a reminder for betmen
April 29, 2008, 4:38 am
Filed under: betmen n lagenda

163 remaja bermotosikal terkorban dalam tempoh dua bulan

KUALA LUMPUR 28 April _ Seramai 163 remaja berusia 16 hingga 20 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Golongan penunggang serta pembonceng pada usia itu mencatatkan kematian tertinggi iaitu kira-kira 15.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan di negara ini.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, punca utama peningkatan jumlah kemalangan dan kematian melibatkan golongan muda itu adalah sikap pemandu yang negatif, cuai dan suka memandu laju.

“Golongan ini gemar menunggang secara berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan motosikal dan terus memecut walaupun sewaktu lampu isyarat berwarna merah bagi menarik perhatian orang ramai.

“Mereka lebih mementingkan keseronokan tanpa mempedulikan keselamatan diri mahupun pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilakukan bagi menangani masalah ‘kegilaan’ golongan remaja itu.

Polis, tegasnya, akan mengadakan operasi besar-besaran secara berterusan bagi menangani masalah itu.

Hamza berkata, kesalahan lain yang sering dilakukan penunggang motosikal ialah tidak mempunyai cukai jalan atau pun cukai jalan sudah tamat tempoh.

Beliau memberitahu, sehingga Februari lalu, seramai 1,060 pengguna jalan raya terbunuh dalam 972 kemalangan maut di seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 40 pengguna jalan raya (3.8 peratus) yang terlibat adalah mereka yang berusia 11 hingga 15 tahun.

SUMBER : UTUSAN

nota kaki gajah : pandu cermat.. insyaAllah selamat..